October 1, 2020

Manusia dibumi yang nyata

Manusia tidak diciptakan sempurna, baik sepanjang masa, suci pemikirannya, mulia akhlaknya. Kalau sesempurna itu ciptaan Sang Pencipta untuk kita, mana mungkin wujudnya neraka? Tidaklah kejam Sang Pencipta untuk wujudkan 2 dunia  iaitu dunia suci kekal abadi dan dunia jahanam yang dilaknat selamanya, tidak lain tidak bukan hanyalah menguji kekebalan keimanan kita. 

Permainan dunia syaitan sungguh licik menghidangkan keseronokkan sehinga alpa untuk memegang tiang agama. Apabila jatuh, sepi dan sedih mencari bahan keseronokkan sebagai asas hiburan. Bukankah segala ubat-ubatan telah tersedia cantik dalam satu kitab mulia diturunkan Sang Pencipta. 

Ceritanya begini, aku yang tidak sempurna ini cuba memberi satu pandangan akademik berkenaan satu topik kemanusiaan. Pandangan manusia berbeza, itu harus kita fahami. Haluan kita juga berbeza. Tetapi apa yang perlu diambil dalam satu perbahasan dalam 1 kumpulan manusia yang beragama Islam, pandangan agama yang haq & batil perlu kita jadikan asas.  Bukan niat untuk menasihati tapi tidak salah sekiranya untuk memperingati.

Sebab bagi aku, walau atas ke bawah fizikal aku bukan menampakkan sekujur tubuh yang mengamati agamanya, tetapi kerana Allah pucuk pangkal tetap kembali kepada landasan agama. 

PERLU DIIGATKAN JUGA, hebat manusia kerana akademiknya, sains dan logik akal sekalipun, kita masih ada agama yang perlu menjadi pegangan hidup. Jangan taksub dengan dunia akademik!

Aku bukan seorang yang sempurna etika, akhlak atau moralnya, apatahlagi seperti contoh wanita Islam sebenar-benarnya. Hakikatnya masih bakhil dan jahil tentang agama. Iman kadang turun dan naik. Tapi Alhamdulillah masih lagi ingin mencari jalan Allah SWT. Semoga Dia permudahkan. Aamiin.

Didoakan agar pada yang membaca sentiasa ingin mencari penawar bagi setiap iman yang luka kerana kuasa dunia yang menghalang suatu kebaikkan itu berlaku.

: ASMN


TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

June 1, 2020

PENCARIAN MODEL MUSLIMAH MALAYSIA

#pencarianmodelmuslimah 
#pencarianmodel 
#pencarianmodelhijab 
#modelsearch2020 
#modelmuslimahsearch2020 dan sebagainya..

Itulah hashtag yang sering digunakan acapkali mencari mana-mana akaun instagram atau mana-mana laman sosial yang lain yang mencari wajah baru untuk menjadi model baju, produk, iklan dan sebagainya. 



Dikurniakan ketinggian 176cm dengan berat 54kg (current weight), ditambah pula dengan susuk tubuh badan model antarabangsa, saya merasakan diri saya boleh menceburi karier modelling dengan lebih jauh. Hampir ribuan juga duit terhabis untuk membayar agency modelling to build-up profile/ comcard sebagai simpanan mereka tapi masih ‘gagal’ menjadi model sebagai kerjaya. Memulakan #modeljobhunter sejak berusia 17 tahun lagi dengan percubaan menawarkan diri di DZMS Agency modelling pada 2012 dan akhir sekali sehingga berusia 23 tahun di Moslimah Agency Modelling pada tahun 2018. Kali terakhir bergelar model sewaku catwalk KVERT 2018 dengan bayaran 1 baju RM250 tak silap. Lepas tu daripada muhasabah diri (akan ditulis di-entry akan datang)


Agency modeling


Pada hari ini, banyak agency modelling yang boleh membantu merialisasikan impian anda untuk menjadi seorang model catwalk/ photoshoot. Ada agensi yang menawarkan pakej 1 hari yang disaratkan dengan slot make-up, slot catwalk, slot confident dan sebagainya. Ada juga yang mengadakan pakej pada hujung minggu sahaja dan ada pakej untuk sebulan. Ia bergantung kepada keperluan diri anda juga. Satu perkara yang anda perlu tahu, “cermin diri”, kalau anda rasa 1 hari pakej belum mengubah lagi keyakinan atau kebolehpasaran diri anda, maka anda perlu berusaha lebih untuk mencapai piawaian demand modelling industry.

Perlu diingatkan, tidak semua agency modelling berfokus untuk menjadikan anda seorang model catwalk/ photoshoot, ada yang berfokus untuk menjadikan anda lebih percaya dengan kecantikan diri, lebih berkeyakinan dan berani untuk tampil cantik. Sekiranya nawaitu anda memang nak jadi model juga merasakan kecantikan dan kenyakinan diri tu dah solid, boleh la terus mendaftarkan diri ke 1) amber chia academy (paling top), 2) Base Model Management, 3) Figaro International Management Group, 4) New Look Casting dan banyak lagi sebab mereka active supply model untuk keperluan-keperluan tertentu. 

Kalau dulu asal TINGGI je boleh jadi MODEL. Surprisingly sekarang tak mengikuti mana-mana agency modelling dan tak kira tinggi mana pun anda, anda masih boleh CONQUER wajah baru produk kecantikan, mana-mana clothing brand dan sebagainya. Tapi model catwalk masih lagi mengekalkan ketinggian 170cm ke atas untuk beraksi di pentas peragaan. Hari ini berapa banyak model yang dilahirkan kerana kuasa VIRAL, naturally photogenic bila bergambar, naturally pandai gaya, asal cantik, yang selalu buat #OutfitOfTheDay dan lain-lain. Mereka yang berbakat telah mendapat perhatian clothing brand/ beauty product untuk mengambil mereka-mereka sebagai faces brands. Saya rasa anda sendiri boleh tengok pattern ni semua. Tapi itulah, rezq masing-masing kan.

Ini sedikit tips yang boleh dikongsikan yang saya pelajari akibat daripada kegagalan menjadikan model sebagai karier:

  1. Pergi mana-mana academy/ modelling agency untuk build-up your confident level, kelas make-up atau gromming. Anda memang kena tahu make-up sebab nowday nak photoshoot mereka dah tak sediakan tukang makeup ya untuk conteng muka anda, all my yourself including kasut.
  2. Cermin diri anda, mana muka yang kena repair. Don’t get me wrong, what I mean is, touch-up/ make-up. Nowadays people can easily look beautiful with the power of make-up.
  3. kanyakkan pos gambar anda berselfie/ OOTD di instagram atau lain-lain (to gain attention to public) – Jangan private profile 
  4. Do something to gain attention lagi dengan membuat make-up tuto/ hijab tuto atau lain-lain yang boleh catch netizen eyes
  5. Try dare mana-mana contest/ pencarian model untuk try sejauhmana anda boleh pergi as competition. 
Last but not least, rezq tidak salah alamat, jangan kerana tips ni tak menjadi anda merasa gagal untuk menjadi model/ ikon. As long as you believe there’s a beauty in you and to appreciate it, it could be enough. Bangga dengan kecantikan diri sendiri ok J

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA



Harapnya belum terlambat untuk saya ucapakan ‘Selamat Hari Raya’ buat pembaca semua. Hari raya 2020 kali ni mungkin bukan meriah seperti hari raya seperti tahun-tahun sudah memandangkan kita rakyat Malaysia masih melawan penularan penyakit COVID-19. Tapi itu bukan satu halangan untuk kita meraikan bersama keluarga tercinta di rumah dan sanak-saudara terdekat. 


KENAPA KITA PERLU BERMAAF-MAAFAN DI HARI RAYA?

Selepas daripada 1 bulan sepanjang bulan Ramadhan kita mensucikan diri daripada hawa nafsu dan mengabdikan diri kepada Allah, ia sememangnya menjadi hikmah kepada setiap individu membentuk diri untuk menjadi mukmin yang sejati. Ia juga merupakan satu ibadah yang sempurna sekiranya urusan diri memohon keampunan daripada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan disusuli pula dengan memohon kemaafan kepada keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai pada bulan Syawal. 

Sabda Rasulullah S.A.W.; 
“Orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengalahkan nafsu ketika marah dan orang yang paling sopan santun ialah orang yang memberi maaf sedangkan ia berkuasa membalasnya”


CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA
  • Niat bermaafan kerana Allah Taala
  • Menggunakan nada yang lembut
  • Ikhlaskan hati meminta maaf dan memaafkan
  • Tidak menggunakan bahasa kiasan/ ayat tersirat
  • Tidak mengungkit-ungkit cerita/ kisah lama antara 2 pihak
  • Memberi ciuman (pada ahli keluarga yang mahram)



Kisah Benar:

Gambar ni diambil oleh adik Bongsu sewaktu sedang bermaaf-maafan bersama adik-3. Hubungan kami ni banyak turun dan naik, kalau boleh tunjuk graph hubungan kami memang berseni turun dan naiknya. Masa bersalaman kami mengambil masa 20 minit juga sebab “banyak meluahkan isi hati yang berdarah hampir berbulan-bulan lamanya” yang selama ni tak dapat nak tegur dan meluah isi hati, so time HARI RAYA ni la is the correct time to blast everything, Muahahahaha… (Don’t get me wrong, memang norma adik-beradik akan ada je salah faham dan pergaduhan yang berlaku, tapi air dicincang tak akan putus inikan pula sedarah dan sedaging)

Selepas daripada keadaan tidak terkawal, ayah take over dan berceramah serta memperbetulkan “CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA”. So lesson learned! (tick). Nampak ringkas, tapi penting untuk kita fahamkan maksud disebalik bermaaf-maafan di hari raya, terutama bersama keluarga tercinta. 


BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. SEMOGA DENGAN KEIKHLASAN HATI KITA BERMAAFAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN MENJADI ASBAB KITA KE SYURGA ALLAH. AAMIIN

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

May 19, 2020

TIPS: PRODUK MAHAL UNTUK GOLONGAN PERTENGAHAN

Untungnya bagi wanita yang memiliki wajah cantik dan bersih semulajadi, pakai skincare atau tak sama je cantik. Tak memerlukan usaha mengeluarkan duit yang banyak untuk merawat dan menjaga muka. Fokus pada menjaga je.


Rumours skincare:
·       Produk local banyak mercury
·       Produk local banyak bahan kimia
·       Produk timbang kilo bahaya
·       Produk mahal bagus
·       Lain-lain sila nyatakan………………………..

Itulah yang menjadi buah mulut dan fikiran hampir setiap perbincangan kaum-kaum hawa mencari skincare untuk kulit muka. Tapi kebanyakkan memang ada Dermatologist atau Dr skincare sendiri claim fakta tentang beberapa rumours tu, kalau nak bidas pun mereka-mereka memang expertise di bidang tu kan. Disini saya tak adalah untuk terangkan rumours-rumours yang ada, walaupun kulit muka saya berpengalaman merasai range produk-produk seperti yang dinyatakan diatas tapi lama-lama bila kita nak the best for the skin, kita akan mini research sendiri. I think, anda pun sama kan?

In fact juga, kebanyakkan produk mahal selalu worth for the skin in a long period. But how to afford? Kita ni kelas pertengahan dan pertengahan bawah sikit mana la nak mampu. 

Sebelum saya memperkenalkan tips/ formula yang boleh digunakan untuk merialisasikan impian anda untuk affort skincare dari RM20 ke bawah kepada harga RM50 ke atas atau mungkin dari RM50 ke bawah kepada range harga RM100 ke atas, tapi pastikan anda:

- Tahu jenis kulit anda
- Tahu musim kulit anda
- Senaraikan produk-produk yang ada sudah berpengalaman 
- Apakan main fokus/ goal untuk muka anda

PERINGATAN!: 
Bercakap tentang main fokus/ goal untuk muka anda, 1) Kalau anda nak kulit bebas jerawat, nak putih dan tegang, jangan beli produk sekali 3 type tu dan campur adukkan pemakaian. Kalau muka anda berjerawat, fokus untuk hilangkan jerawat je dulu, jerawat agak-agak dah hilang 70% then baru boleh fokus untuk next fokus/ goal. 2)mohon anda semua banyakkan bersabar, jangan baru 1 bulan dah give-up sebab tak nampak perubahan. 

TIPS/ FORMULE
Contoh:
SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Permulaan untuk beli memang agak sakit sikit pada anda yang nak start semua range produk mahal daripada anda start dulu satu-satu. So kira disini total skincare anda RM363, kelaz tak kelaz? Boleh jadi anda terlebih mampu nak maintain simpan RM119 setiap bulan, atau anda selasa pada bulan 1 dan 2 simpan lebih sikit RM119, diikuti bulan 3 (RM85), bulan 4,5 dan 6 (RM14). Kira selepas 4 bulan tu komitmen duit anda boleh la melabur tempat lain. Kira sakit-sakit pun 1 tahun 2 kali untuk ulangi formula ni, kannn?

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

May 10, 2020

NUZUL AL-QURAN

Macam mana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) korang? Adalah boleh bernafas sikit kan keluar pergi watson beli skincare ðŸ˜‹

Apa pun SALAM NUZUL AL-QURAN buat umat Islam. Ingin saya kongsikan sesuatu yang saya ambil dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran. Ianya mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Kepentingan dan manfaat al-Quran digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis berikut:
  • “Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”
  • “Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
  • “Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca.
  • “Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.”
  • “Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.”

InShaaAllah tahun ni merupakan tahun ke-2 dapat khatam Al-Quran waktu bulan ramadhan. Lagi 4 Juz lagi nak sampaikan akhir bulan Ramadhan. Kali ni istimewa sikit sebab baca beserta terjemahan. Kalau tak 2 tahun belum tentu dapat khatam. Doakan ya semoga saya terus istiqomah dan didoakan agar kepada yang mendoakan turut peroleh manfaat bersama, terima kasih

TAK APA KALAU KITA NI TAK BAIK TAPI KITA TETAP BERUSAHA UNTUK NAK JADI TERBAIK KERANA ALLAH.  AAMIIN ðŸ’“



Untuk itu, saya nak hadiahkan sebuah Al-Quran Pelangi pada pembaca bertuah. Memandangkan blog ni agak sendu, saya akan tetap menunggu pada pembaca pertama entry ni tak kira pembaca bertuah tu baca pada tahun 2021 dan keatas (baca dan tuntut ya). Saya akan inforrm sekiranya telah ada pembaca bertuah/ pembaca pertama yang menuntut hadiah bagi mengelakkan tuntutan hadiah berulang kali.

Ini bukan penyertaan ya, hanya pemberian hadiah sempena Nuzul Al-Quran. Hanya satu (1) hadiah saja diberikan pada pembaca bertuah. Email saja saya di alamat email yang tertera di profile. Pembaca bertuah merupakan penghantar email pertama di peti inbox saya.

Hantar ayat ni: 
"Saya nak Al-Quran sebab saya nak manfaatkanya"
Itu saja

Ingin saya kongsikan 1 potongan ayat dari al-Quran yang saya jumpa, ayat ni ringkas dan indah, seolah satu friendly reminder untuk kita umat Islam




Hidup ini sementara dan akhirnya kita akan pergi meninggalkan dunia (mati). Kita diperingatkan untuk tidak lalai dan alpa dengan hidangan kelazatan nikmat di dunia. Dan kita akan dihidupkan semula dalam keadaan tergolong dalam kalangan golongan beriman (syurga) atau tidak beriman (neraka)Diingatkan lagi dibarisan bawah, masa lah yang membinasakan kita, ini ditekankan bagaimana masa usia atau peluang hidup yang Allah beri untuk kita manfaatkan dan guna sepenuhnya untuk mengabdikan diri pada Allah. 

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

April 24, 2020

MALAYSIA RAMADHAN VIBES IS NO MORE

The first COVID-19 case reported on 25 January 2020 in Malaysia, the case showed an increment with 552 cases on 16 Mac. Since few countries have been lockdown due to increment cases, Prime Minister of Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin had announced the Restricted Movement Control (RMO) or Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) to control the spreads of the disease.  The RMO/ PKP leading of people's life to stay at home except for essential services that remain operates and the total days of being lockdown in Malaysia contain 4 stages: 1) 18-31 March, 2) 1-14 April, 3) 15-28 April, 4) 29 April - 14 Mei.  

Without Muslim people realized while the ongoing of RMO/ PKP, 24 April is the official date on welcoming Ramdhan Al-Bubaraq. It's a quite tough to the people who are in the businesses sector on selling baju raya, kasut raya and all raya stuff and of course affected to the people who always set up to open small businesses (which the only medium to earn more money) on selling a variety of foods in Bazar Ramadhan once a year. 




COMMON RAMADHAN CULTURE IN MALAYSIA



The common view that always found during Ramadhan culture is the line of tents with a variety of foods and beverages under it and a crowd of people that busy as a bee which looking for iftar meals to bring home.




Some prefer to buy meals and do an iftar at any place that convenient to sit and eat. Mostly there are selected places they dealing to iftar together as bunch of groups. But some are at any restaurant and hotel. But it always depends on people for their purposed




Tarawih prayer is not a culture but is a must thing to do during Ramadhan season, which only performs in Ramadhan month once in a year. It brings all Muslim people to gather in Masjid/ Mosque to berjemaah/ congregation after Isya' prayer. Ramadhan months are known as a powerful month whereas your pahala/ rewards given as double. 

But, since the RMO/ PKP are not allow people to gather even for Tarawih prayer, everybody (Muslim people) is being advised to do all the amalan/ practices at home. This might be a painful Ramadhan that ever happen in Malaysia or World history among Muslim people out there. By the time, as a Muslim there's no excuse to do amalan/ practices, as long as it's the holy month and people should grab the opportunity to focus in ibadah/ worship also to pray for COVID-19 end. 
Ujian tanda Allah sayang, Allah 'tegur' melalui ujian untuk kembali dan dekat pada Dia semula

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

April 23, 2020

EX BF/GF KORANG SIHAT?

Uishhh, talking about 'boyfriend/ girlfriend' ni, kalau cakap dalam kelas budak darjah 2, semua confirm F-O-K-U-S. Have you guys been experienced having a boyfriend/ girlfriend more than 2 times or more? or not yet? 

💔How many penny had you spent on dating? including the present, anniversary, foods, random gift, and so on?

💔How much time did you westing on the whole relationship that never works?

💔How many pieces your heart had broken after the decision made to break the relationship? 

💔How many times you think how stupid you were to be with him/ her?

💔How many times you think of getting back?

💔And... do you still hate him/ her even the story was a long ago?


These 6 questions probably have the answer, you gais know.

This random question is quite familiar to everyone who once fell in love with someone they had loved before. What your current feeling? do you happy to see him/ her happy?

After so many girls conversation I have had made with my friends, some are quite serious about forgetting even it has been a few years and maybe the scars or 'memories that built'. But some are okay and surrender to 'let it go', and some are thinking of the previous BF/GF were much better than current relationship even planning to get back. It depends. Something that playing with the heart truthfully mind questioning kan. Perhaps it was bothering you in a certain time. 

As a humankind, I also feel the same for the questions above. But as we are growing adult and these are just a lessons in life and I'm okay to see them (amboi them macam ramai je). Paling-paling pun nak sedapkan hati kita akan cakap 'nasib baik aku bukan dengan dia'😂. But the other positivity side, just remembers this "someone whom were passing by through your life is just a lesson that needs to be learned". He/ She kan is someone we shared our heart feeling before, maybe gone thru ups and downs in life. Let them remain a friend to you and you can say hello when you meet and Goodbye when you left. 

Apparently, sometimes the negativity is still there, come on we are human but to push the feeling away from the mind is to talk to the self and think on how you should be grateful to say to Allah that you are now walking on your beautiful journey even better. People!, let the color of your life shows the beauty okay! Just live your life wonderfully, memories let be just a memories, we pray for their happiness and it may return to you too!

I personally happy to see them, because they 'were' my happy pills. Ada yang tengah in serious relationship (ni a guy masa cinta tak cukup sifat), ada yang dah kahwin (A guy that suggested by friend) dan ada yang dah tunang (Ni a guy masa jodoh pilihan keluarga). See kalau ditakdirkan tu bukan jodoh korang how serious the relationship get along tak akan menang dengan kuasa Allah. But if you gais are plan to married to the one you love now, percaya pada kuasa Doa sebab Allah tak akan sia-siakan hambanya kan? Ingat ya para hadirin sekalian, setiap pertemuan sesungguhnya atas izin Allah SWT. Allah pertemukan mamat/ minah A tak semestinya depa jodoh cuols, mungkin anda kena jumpa mamat/ minah C, D,E,F barulahhh yang G jodoh anda. 

And me? of course keep my wings high for my parents, maybe this is what Allah wanted me to do so. since i am the only daughter dan anak sulong pulak tu. just sangka yang baik pada Allah kawan-kawan sebab Dia sebaik-baik perancang. 


Yang penting! doalah agar Allah SWT hadirkan anda pasangan yang baik agama akhlaknya. Kalau rasa tak baik pun tak apa, sama-sama bercita-cita mencari CINTA ALLAH ðŸ’“

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

April 16, 2020

Terima kasih Universiti Kebangsaan Malaysia!

Selepas saja menamatkan pengajian di peringkat Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) pada tahun 2014, Alhamdulilah aku mendapat tawaran belajar ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian Antropologi & Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Boleh dikatakan masa isi UPU, hampir semua Universiti Awam (UA) di seluruh Malaysia kos ni dipilh aku termasuk Sabah & Sarawak. Untuk pengetahuan, kos Antropologi & Sosiologi di UKM ada ujian saringan ‘sesi interview’ menerusi youtube. Maknanya selepas kau apply samada kau diterima atau tidak untuk ke sesi interview, lepas lulus interview baru kau dapat offer letter dari UKM. 

Alhamdulillah, aku klasifikasikan diri aku menjalani kehidupan sebagai mahasiswa seperti "lauk secukup rasa", ada manis, pahit, masam, masin semua di UKM. Tapi sebenarnya itulah yang membuatkan diri kau semakin berkualiti dalam menimba pengalaman hidup, yang baik diteruskan, yang tidak baik dijadikan pengajaran hidup.


G-day: 11.11.18

'PENDAULAT AMANAH NEGARA’ (slogan UKM favourite aku)

Bagi aku, bila diberi peluang atau rezq untuk belajar ke peringkat 'Degree' apatah lagi diterima masuk UKM yang mana merupakan antara TOP Universiti di Malaysia, aku betul-betul ambil peluang EXLPORE UKM dengan baik. Aku 'dare'  untuk menceburi pelbagai bidang, 1) Sukan, 2) Kepimpinan, 3) Kesenian, 4) Keagamaan, 5) Sukarelwan, pendek kata sema benda nak masuk. But I wish I can tell you gais on how I manage all these things during my study, my everyday rountine, memang exhausted but you will satisfied with the result soon when it all finished. Banyak aku explore sepanjang aku di UKM. It all worth! aku tak dapat dean list, tak cemerlang pun but I manage my study (3.45) & curriculum well so far in UKM, Alhamdulillah Ya Allah ðŸ’–

Yang penting!! JANGAN IKUT KAWANDo whatever make yourself upgrade to another level, *you muda lagi dik.. First year sem 1 di Universiti aku mengakui memang banyak berjalan secara berkumpulan ke sana ke sini, mungkin sebab tak tahu selok belok UKM lagi, tapi dah sem 2 memang kau kena berdiri atas kaki kau sendiri, no matter what!

Apa yang aku cakap dengan diri aku: “Ain Shafiqah, you do all these thing because YOU WANT TO BE DIFFERENT THAN YOUR PAST”. Apa yang telah aku explore di UKM sepanjang 3 tahun di sana secara tidak langsung it sharpen my soft skills & social skills level, I guarantee with what I had learned from UKM, it will bring me successful in the future and alhamdulillah so far after my graduation I living my life amazingly for what I am to be, hasil didikan UKM (terima kasih UKM)

Bukan UKM je, Universiti lain juga. Remember ya adik-adik. UNIVERISITI DAH SEDIAKAN SESUATU YANG VALUABLE FOR US, BUT IT ALL ABOUT YOU ON HOW TO GRAB THEM! 

Nasihat sis as kakak-kakak la ya.. Berpuluh ribu yang apply kos di Univerisiti/ Kolej awak, tapi awak terpilih among that 10,000 people (1:10), please jadikanlah awak yang terpilih belajar dekat Universiti/ Kolej ni whatever course pun, gunakan rezq ni sebaik mungkin. You are the chosen one dik! amanah Tuhan bagi untuk you berjaya. Jadi tolonglah, jadikan Universiti/ Kolej satu medium untuk jadi you hebat. But my advise, dont compare your hebat dengan your other friends out there, but compare yourself to your old verison, your past. Kalau dulu kau tak pandai menari, tiba-tiba dekat Univerisiti/ Kolej kau pandai menari pulak dik, so hebat la tu bukan? 


Memandangkan mulut akk ni selalu masin ðŸ˜‹, akk doakan sesiapa yang berjaya menjumpai blog ni dan baca entry ni dipermudahkan urusan hidup dan berjaya dibidang yang diceburi, aamiin ðŸ’˜

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

April 10, 2020

Jaga hubungan baik dengan ibu bapa

Dulu kalau tak dapat keluar dengan kawan-kawan sampai bergaduh dengan parent terutamanya ibu. Berjanji keluar dengan kawan tapi last minute cancel sebab ibu/ ayah ajak keluar atau lain-lain family matters. Some point diri sendri dah rasa terbiasa atau (mungkin sebab dah dewasa?) sebab dah nampak kesan menghormati dan mendengar kata parent terutamanya seorang ibu, urusan hidup dunia akan memang dipermudahkan. Tak ada yang sia-sia sebenarnya bila kita dahulukan parent/ family. 

1. Utamakan mereka

2. Jaga perasaan mereka

3. Minta maaf dengan mereka kalau buat salah

4. Bahagiakan mereka, bergurau, bermanja
5. Paling penting - Jujur dan jangan menipu dengan mereka!


Percayalah akan ada kemanisan yang Allah SWT beri. Nikmatnya diri sendiri akan rasa Allah SWT permudahkan urusan hidup. Walau susah sekali pun sesuatu perkara, akan ada je bantuan/ solusi yang Dia hadirkan. Tak rugi pun kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita, tak terbalas jasa mereka membesarkan kita. Tak percaya? Cuba sendiri, lalui sendiri. Tak rugi apa-apa pun buat baik dengan ibu ayah.


Kalau orang cakap "Ala, aku tak biasa laa, dari kecil bukan aku rapat pun dengan dorang, tak biasa malu laa, macam pelik je".


Jawapan:
Kita ni anak, taraf mana kita sebagai anak dengan ibu ayah kita? Mestilah kita kena bertindak dan mulakan. Lagi satu itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang anak.

Saja nak kongsikan sesi memujuk ibu waktu gaduh, walaupun kau rasa bukan salah kau, mengalah jela ðŸ‘…



Tak ada alasan yang paling kuat atau hebat untuk tidak menyayangi kedua orang tua kita, jahat mana mereka, silap mana mereka, benci mana mereka pada kita, kita ni anak mereka tetap diberikan tanggungjawab oleh Dia untuk melakukan kebaikan pada mereka

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

February 13, 2020

KEMBALI DI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca sekiranya ada yang membaca. Agak lama betul tak ‘sign in’ main page blogger ni. Inilah tempat aku membesar dari umur 15 tahun hingga 25 tahun dan bersaksikan penulisan budak hingusan yang penuh emosi meng-update blog. Dekat sini juga la tempat berjinak-jinak belajar meng-edit blog, berburung hantu malam-malam baca blog orang sebab suka baca life story orang untuk diadaptasi dalam hidup. Rindunya! Cepat masa berlalu dan akhirnya aku kembali ber-blogging.

📎TAHUN 2010:
Blog dibina penghujung tahun 2010
Masa ni baru habis peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

📎Sehingga tahun 2012:
Waktu tahun-tahun ni memang hantu blog, siang dan malam blogwalking saja baca blog orang dan belajar edit blog lawa-lawa guna HTML Code la. Yang paling favourite waktu ni join macam-macam contest

📎TAHUN 2013-2014
Masa ni zaman kemerosotan ber-blog sebab STPM, too much joys and tears sampai tak mampu nak update

📎TAHUN 2015-2018
Alhamdulillah, atas izin Allah SWT, diterima untuk melanjutkan pelajaran di bidang Antropologi & Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Masa ni memang zaman kegemilangan megasah bakat diri di UKM, sangat sibukkkkk dan masa ni la blog diisytiharkan aku untuk deactived sebab nampak macam dah tak ada harapan untuk ber-blog

📎TAHUN 2018-2019
Alhamdulillah, orang belum grad aku dah kerja. Intern di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2 bulan lepas tu dapat peluang terus menjadi salah satu warga kerja LPPKN sebagai Pegawai Tadbir N41 (PSH) selama 1 tahun

📎KINI (2020)…
Alhamdulillah juga, tengah sambung belajar peringkat Master of Philosophy (Mphil) di Universiti Malaya (UM) dan masih dibidang yang sama sewaktu Degree di UKM. Sebenarnya kalau ikutkan selepas Degree nak terus sambung Master tapi sebab dapat peluang kerja, dalam sektor kerajaan pula tu kan. Cukup setahun ambil keputusan berhenti untuk belajar (sampaikan cita-cita)

Buat masa ni itulah cerita yang dikatamkan secara ringkas tentang 'kemana perginya owner blog' buat seketika ni. Posts lama dah deleted ya sebab banyak sangat posts hingusan yang rasanya tak ada manfaat untuk kekal bergentayangan di blog ni. Kita buka tirai baru tulis yang baik-baik, info-info dan ilmu-ilmu. Kenapa aku ber-blog semula? Sejak kerja aku kali ni mengadap lat top buat artikel semua, so ini saja mungkin tempat/ medium entertainment aku ber-story-mory tentang hidup. Semoga selepasni banyak perkongsian yang bermanfaat untuk diabadikan di dalam blog ni. Aamiin 

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT