June 1, 2020

CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA



Harapnya belum terlambat untuk saya ucapakan ‘Selamat Hari Raya’ buat pembaca semua. Hari raya 2020 kali ni mungkin bukan meriah seperti hari raya seperti tahun-tahun sudah memandangkan kita rakyat Malaysia masih melawan penularan penyakit COVID-19. Tapi itu bukan satu halangan untuk kita meraikan bersama keluarga tercinta di rumah dan sanak-saudara terdekat. 


KENAPA KITA PERLU BERMAAF-MAAFAN DI HARI RAYA?

Selepas daripada 1 bulan sepanjang bulan Ramadhan kita mensucikan diri daripada hawa nafsu dan mengabdikan diri kepada Allah, ia sememangnya menjadi hikmah kepada setiap individu membentuk diri untuk menjadi mukmin yang sejati. Ia juga merupakan satu ibadah yang sempurna sekiranya urusan diri memohon keampunan daripada Allah SWT sepanjang bulan Ramadhan disusuli pula dengan memohon kemaafan kepada keluarga, sanak-saudara dan sahabat handai pada bulan Syawal. 

Sabda Rasulullah S.A.W.; 
“Orang yang paling gagah ialah orang yang dapat mengalahkan nafsu ketika marah dan orang yang paling sopan santun ialah orang yang memberi maaf sedangkan ia berkuasa membalasnya”


CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA
  • Niat bermaafan kerana Allah Taala
  • Menggunakan nada yang lembut
  • Ikhlaskan hati meminta maaf dan memaafkan
  • Tidak menggunakan bahasa kiasan/ ayat tersirat
  • Tidak mengungkit-ungkit cerita/ kisah lama antara 2 pihak
  • Memberi ciuman (pada ahli keluarga yang mahram)



Kisah Benar:

Gambar ni diambil oleh adik Bongsu sewaktu sedang bermaaf-maafan bersama adik-3. Hubungan kami ni banyak turun dan naik, kalau boleh tunjuk graph hubungan kami memang berseni turun dan naiknya. Masa bersalaman kami mengambil masa 20 minit juga sebab “banyak meluahkan isi hati yang berdarah hampir berbulan-bulan lamanya” yang selama ni tak dapat nak tegur dan meluah isi hati, so time HARI RAYA ni la is the correct time to blast everything, Muahahahaha… (Don’t get me wrong, memang norma adik-beradik akan ada je salah faham dan pergaduhan yang berlaku, tapi air dicincang tak akan putus inikan pula sedarah dan sedaging)

Selepas daripada keadaan tidak terkawal, ayah take over dan berceramah serta memperbetulkan “CARA YANG BETUL BERMAAFAN PADA HARI RAYA”. So lesson learned! (tick). Nampak ringkas, tapi penting untuk kita fahamkan maksud disebalik bermaaf-maafan di hari raya, terutama bersama keluarga tercinta. 


BUANG YANG KERUH, AMBIL YANG JERNIH. SEMOGA DENGAN KEIKHLASAN HATI KITA BERMAAFAN DAN MEMAAFKAN ORANG LAIN MENJADI ASBAB KITA KE SYURGA ALLAH. AAMIIN

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

No comments: