Macam mana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) korang? Adalah boleh bernafas sikit kan keluar pergi watson beli skincare 😋
Apa pun SALAM NUZUL AL-QURAN buat umat Islam. Ingin saya kongsikan sesuatu yang saya ambil dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran. Ianya mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Kepentingan dan manfaat al-Quran digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis berikut:
- “Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”
- “Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
- “Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca.
- “Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.”
- “Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.”
InShaaAllah tahun ni merupakan tahun ke-2 dapat khatam Al-Quran waktu bulan ramadhan. Lagi 4 Juz lagi nak sampaikan akhir bulan Ramadhan. Kali ni istimewa sikit sebab baca beserta terjemahan. Kalau tak 2 tahun belum tentu dapat khatam. Doakan ya semoga saya terus istiqomah dan didoakan agar kepada yang mendoakan turut peroleh manfaat bersama, terima kasih
TAK APA KALAU KITA NI TAK BAIK TAPI KITA TETAP BERUSAHA UNTUK NAK JADI TERBAIK KERANA ALLAH. AAMIIN 💓
Untuk itu, saya nak hadiahkan sebuah Al-Quran Pelangi pada pembaca bertuah. Memandangkan blog ni agak sendu, saya akan tetap menunggu pada pembaca pertama entry ni tak kira pembaca bertuah tu baca pada tahun 2021 dan keatas (baca dan tuntut ya). Saya akan inforrm sekiranya telah ada pembaca bertuah/ pembaca pertama yang menuntut hadiah bagi mengelakkan tuntutan hadiah berulang kali.
Ini bukan penyertaan ya, hanya pemberian hadiah sempena Nuzul Al-Quran. Hanya satu (1) hadiah saja diberikan pada pembaca bertuah. Email saja saya di alamat email yang tertera di profile. Pembaca bertuah merupakan penghantar email pertama di peti inbox saya.
Hantar ayat ni:
"Saya nak Al-Quran sebab saya nak manfaatkanya"
Itu saja
Ingin saya kongsikan 1 potongan ayat dari al-Quran yang saya jumpa, ayat ni ringkas dan indah, seolah satu friendly reminder untuk kita umat Islam
Hidup ini sementara dan akhirnya kita akan pergi meninggalkan dunia (mati). Kita diperingatkan untuk tidak lalai dan alpa dengan hidangan kelazatan nikmat di dunia. Dan kita akan dihidupkan semula dalam keadaan tergolong dalam kalangan golongan beriman (syurga) atau tidak beriman (neraka). Diingatkan lagi dibarisan bawah, masa lah yang membinasakan kita, ini ditekankan bagaimana masa usia atau peluang hidup yang Allah beri untuk kita manfaatkan dan guna sepenuhnya untuk mengabdikan diri pada Allah.
No comments:
Post a Comment