Manusia tidak diciptakan sempurna, baik sepanjang masa, suci pemikirannya, mulia akhlaknya. Kalau sesempurna itu ciptaan Sang Pencipta untuk kita, mana mungkin wujudnya neraka? Tidaklah kejam Sang Pencipta untuk wujudkan 2 dunia iaitu dunia suci kekal abadi dan dunia jahanam yang dilaknat selamanya, tidak lain tidak bukan hanyalah menguji kekebalan keimanan kita.
Permainan dunia syaitan sungguh licik menghidangkan keseronokkan sehinga alpa untuk memegang tiang agama. Apabila jatuh, sepi dan sedih mencari bahan keseronokkan sebagai asas hiburan. Bukankah segala ubat-ubatan telah tersedia cantik dalam satu kitab mulia diturunkan Sang Pencipta.
Ceritanya begini, aku yang tidak sempurna ini cuba memberi satu pandangan akademik berkenaan satu topik kemanusiaan. Pandangan manusia berbeza, itu harus kita fahami. Haluan kita juga berbeza. Tetapi apa yang perlu diambil dalam satu perbahasan dalam 1 kumpulan manusia yang beragama Islam, pandangan agama yang haq & batil perlu kita jadikan asas. Bukan niat untuk menasihati tapi tidak salah sekiranya untuk memperingati.
Sebab bagi aku, walau atas ke bawah fizikal aku bukan menampakkan sekujur tubuh yang mengamati agamanya, tetapi kerana Allah pucuk pangkal tetap kembali kepada landasan agama.
PERLU DIIGATKAN JUGA, hebat manusia kerana akademiknya, sains dan logik akal sekalipun, kita masih ada agama yang perlu menjadi pegangan hidup. Jangan taksub dengan dunia akademik!
Aku bukan seorang yang sempurna etika, akhlak atau moralnya, apatahlagi seperti contoh wanita Islam sebenar-benarnya. Hakikatnya masih bakhil dan jahil tentang agama. Iman kadang turun dan naik. Tapi Alhamdulillah masih lagi ingin mencari jalan Allah SWT. Semoga Dia permudahkan. Aamiin.
Didoakan agar pada yang membaca sentiasa ingin mencari penawar bagi setiap iman yang luka kerana kuasa dunia yang menghalang suatu kebaikkan itu berlaku.
: ASMN
No comments:
Post a Comment