February 13, 2020

KEMBALI DI 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca sekiranya ada yang membaca. Agak lama betul tak ‘sign in’ main page blogger ni. Inilah tempat aku membesar dari umur 15 tahun hingga 25 tahun dan bersaksikan penulisan budak hingusan yang penuh emosi meng-update blog. Dekat sini juga la tempat berjinak-jinak belajar meng-edit blog, berburung hantu malam-malam baca blog orang sebab suka baca life story orang untuk diadaptasi dalam hidup. Rindunya! Cepat masa berlalu dan akhirnya aku kembali ber-blogging.

📎TAHUN 2010:
Blog dibina penghujung tahun 2010
Masa ni baru habis peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR)

📎Sehingga tahun 2012:
Waktu tahun-tahun ni memang hantu blog, siang dan malam blogwalking saja baca blog orang dan belajar edit blog lawa-lawa guna HTML Code la. Yang paling favourite waktu ni join macam-macam contest

📎TAHUN 2013-2014
Masa ni zaman kemerosotan ber-blog sebab STPM, too much joys and tears sampai tak mampu nak update

📎TAHUN 2015-2018
Alhamdulillah, atas izin Allah SWT, diterima untuk melanjutkan pelajaran di bidang Antropologi & Sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Masa ni memang zaman kegemilangan megasah bakat diri di UKM, sangat sibukkkkk dan masa ni la blog diisytiharkan aku untuk deactived sebab nampak macam dah tak ada harapan untuk ber-blog

📎TAHUN 2018-2019
Alhamdulillah, orang belum grad aku dah kerja. Intern di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) 2 bulan lepas tu dapat peluang terus menjadi salah satu warga kerja LPPKN sebagai Pegawai Tadbir N41 (PSH) selama 1 tahun

📎KINI (2020)…
Alhamdulillah juga, tengah sambung belajar peringkat Master of Philosophy (Mphil) di Universiti Malaya (UM) dan masih dibidang yang sama sewaktu Degree di UKM. Sebenarnya kalau ikutkan selepas Degree nak terus sambung Master tapi sebab dapat peluang kerja, dalam sektor kerajaan pula tu kan. Cukup setahun ambil keputusan berhenti untuk belajar (sampaikan cita-cita)

Buat masa ni itulah cerita yang dikatamkan secara ringkas tentang 'kemana perginya owner blog' buat seketika ni. Posts lama dah deleted ya sebab banyak sangat posts hingusan yang rasanya tak ada manfaat untuk kekal bergentayangan di blog ni. Kita buka tirai baru tulis yang baik-baik, info-info dan ilmu-ilmu. Kenapa aku ber-blog semula? Sejak kerja aku kali ni mengadap lat top buat artikel semua, so ini saja mungkin tempat/ medium entertainment aku ber-story-mory tentang hidup. Semoga selepasni banyak perkongsian yang bermanfaat untuk diabadikan di dalam blog ni. Aamiin 

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT