November 30, 2023

I Finally Married Person


Penulisan kali ni agak ringkas dan padat, cukuplah sekadar update perkembangan diri dan jadikan platform meluah rasa disini.

UZ <3 AS

Alhamdulillah, 19 Julai 2023 yakni pada 1 muharram 1445 Hijrah saya telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan hati berwakilkan wali bapa saya sendiri di Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin Putrajaya. Tarikh baru islam menjadi saksi kami disatukan dengan mengambil kira barokah bulan mulia tersebut. It's a dreams to get married at 28 years old which I am aimed to end up my single life in 28-30. Allah maha mendengar, segalanya dipermudahkan dan proses berlaku sangat cepat, Alhamdulillah. For me, it is the ideal age to get married in this age, from the experience, the readiness and the maturity suit to start up the new life with someone. 

Alhamdulillah majlis bersanding telah diadakan pada 23 Ogos 2023 di De Palma Resort, Kuala Selangor dan majlis bertandang pula pada 21 Oktober 2023 di Laman Puteh, Seremban 2. Tarikh sanding dan bertandang bukanlah dipilih bedasarkan keunikan atau keistimewaan tarikh-tarikh tersebut malah disebabkan tuntutan kerja suami, ayah dan ayah mertua. Kalau ikutkan tak nak pun nak terlampau jarak-jarak sangat ni, tapi ini yang terbaik. It was such a relief tak tahu nak cakap macam mana. Everything follows according to the plan, sangat sempurna. Alhamdulillah, Miss to Mrs and I am married person already. Terima kasih untuk segalanya Ya Rab, sesungguhnya Engkau Maha Baik dan sebaik-baik perancang. Bermulalah kehidupan sebagai seorang isteri, rol dan tanggungjawab semakin bertambah, semoga Allah bimbing dengan baik, Aaamiin <3


TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

No comments: