Saya sangat percaya 90% of female population in Malaysia tak suka dengan topik poligami. 10% mungkin mempunyai pengalaman yang baik dalam kehidupan berpoligami dan mengindahkan makna poligami disisi agama Islam. Sebagai seseorang yang beragama Islam kita tidak boleh menidakkan hukum hakam poligami semestinya ia SUNNAH & HALAL tapi kita boleh menidakkan kalau suami kita nak berpoligami, Hahahaha. Tapi ini betul. Saya ambil petikan sedikit daripada laman sesawang Pejabat Mufti Wilayan Persekutuan (LINK).
1. Tidak berdosa hukum ke atas seorang isteri untuk melarang suaminya untuk berpoligami apabila terdapat keperluan untuk membantahnya
2. Adapun jika melarang dengan menjustifikasikan dengan perkara-perkara yang disyariatkan maka adalah dibenarkan dan dianjurkan
3. Mencegah daripada menyakiti hati isteri dan mengakibatkan gangguan berlebihan apabila isteri itu ditimpa penyakit cemburu
Sunat:
Ini sekiranya lelaki itu mempunyai keperluan untuk berkahwin lain jika beristeri satu tidak dapat menjadikan dirinya afif (menjaga syahwatnya daripada zina dan maksiat), atau isteri itu sakit, atau mandul tidak dapat mengandung, sedangkan suami itu inginkan anak, dalam keadaan suami itu memiliki keyakinan untuk berlaku adil antara isteri-isterinya.
Tapi kebanyakan daripada cerita-cerita wanita yang dimadukan semuanya bermula dengan CURANG. Saya tak nak ambil kisah atok nenek kita dulu. We are here now in 21 century, cheating medium and entertainment are everywhere and risky to every individual male or female to get curang. Serba kekurangan pasangan dalam salah satu penyebab utama curang berlaku. Serba kekurangan pasangan tu i am not go thru one by one cause im here not to write in academic way with proof and all but to straight to the point in personal opinion as a female person.
Berbalik kepada kehidupan kita sebagai manusia dimuka bumi ini, kita diciptakan sempurna secara fizikal tetapi tidak sempurna dari segi akal dan fikiran. Ini bermakna dari segi cara kita berfikir dan bertindak tidaklah 100% sempurna. Kita manusia yang sentiasa diuji dan khilaf dengan dosa-dosa. Kita ni memang tak sempurna la senang cerita, akan ada salah, akan ada je tak betul dan akan buat silap. Sama juga dengan konsep berumah tangga. Suami kita manusia biasa, isteri kita manusia biasa, ada perkara-perkara yang suami/ isteri kita tidak dapat menyenangkan atau sempurnakan hati kita tapi adakah itu penyebab kepada tindakan untuk mencari pengganti semata menyenangkan dan menyempurnakan hati kita? Ada kita pernah cermin diri dan tanya "sempurnakah aku sehingga aku ingin mencari kesempurnaan?". Tapi jangan la bahas pula kau curang then kau kata kau tak sempurna ada khilaf juga tercurang, sebab kau tak faham konsep tu awal-awal 😡
Nak bercakap pun baru 5 bulan kahwin. Apa la sangat perkongsian berumahtangga dari saya ini. Tapi jangan pernah cari yang sempurna, kerana yang sempurna itu memang tidak akan pernah wujud. Cukup yang dapat membahagiakan hingga akhir hayat kita. Raikan kesempurnaan suami/ isteri kita sehingga hilang ketidak sempurnaan itu, pendek kata tutup 1 cela dengan 10 kebaikan pasangan. Bukan itu saja, setiap perkahwinan tu perlu ada tujuan dan matlamat, contoh tujuan untuk hidup bersama berdua hingga akhir hayat dan matlamat untuk berjaya bersama, membesarkan anak sehingga anak-anak berjaya dan lain-lain. So kita akan cenderung untuk keep on track dengan tujuan dan matlamat kita dalam berumah tangga. InshaaAllahh tiada orang ke-3.
Sekian dari saya yang tidak membenarkan suami saya untuk berpoligami.
Bagi i you are one and only <3
No comments:
Post a Comment