May 19, 2020

TIPS: PRODUK MAHAL UNTUK GOLONGAN PERTENGAHAN

Untungnya bagi wanita yang memiliki wajah cantik dan bersih semulajadi, pakai skincare atau tak sama je cantik. Tak memerlukan usaha mengeluarkan duit yang banyak untuk merawat dan menjaga muka. Fokus pada menjaga je.


Rumours skincare:
·       Produk local banyak mercury
·       Produk local banyak bahan kimia
·       Produk timbang kilo bahaya
·       Produk mahal bagus
·       Lain-lain sila nyatakan………………………..

Itulah yang menjadi buah mulut dan fikiran hampir setiap perbincangan kaum-kaum hawa mencari skincare untuk kulit muka. Tapi kebanyakkan memang ada Dermatologist atau Dr skincare sendiri claim fakta tentang beberapa rumours tu, kalau nak bidas pun mereka-mereka memang expertise di bidang tu kan. Disini saya tak adalah untuk terangkan rumours-rumours yang ada, walaupun kulit muka saya berpengalaman merasai range produk-produk seperti yang dinyatakan diatas tapi lama-lama bila kita nak the best for the skin, kita akan mini research sendiri. I think, anda pun sama kan?

In fact juga, kebanyakkan produk mahal selalu worth for the skin in a long period. But how to afford? Kita ni kelas pertengahan dan pertengahan bawah sikit mana la nak mampu. 

Sebelum saya memperkenalkan tips/ formula yang boleh digunakan untuk merialisasikan impian anda untuk affort skincare dari RM20 ke bawah kepada harga RM50 ke atas atau mungkin dari RM50 ke bawah kepada range harga RM100 ke atas, tapi pastikan anda:

- Tahu jenis kulit anda
- Tahu musim kulit anda
- Senaraikan produk-produk yang ada sudah berpengalaman 
- Apakan main fokus/ goal untuk muka anda

PERINGATAN!: 
Bercakap tentang main fokus/ goal untuk muka anda, 1) Kalau anda nak kulit bebas jerawat, nak putih dan tegang, jangan beli produk sekali 3 type tu dan campur adukkan pemakaian. Kalau muka anda berjerawat, fokus untuk hilangkan jerawat je dulu, jerawat agak-agak dah hilang 70% then baru boleh fokus untuk next fokus/ goal. 2)mohon anda semua banyakkan bersabar, jangan baru 1 bulan dah give-up sebab tak nampak perubahan. 

TIPS/ FORMULE
Contoh:
SILA TEKAN PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

Permulaan untuk beli memang agak sakit sikit pada anda yang nak start semua range produk mahal daripada anda start dulu satu-satu. So kira disini total skincare anda RM363, kelaz tak kelaz? Boleh jadi anda terlebih mampu nak maintain simpan RM119 setiap bulan, atau anda selasa pada bulan 1 dan 2 simpan lebih sikit RM119, diikuti bulan 3 (RM85), bulan 4,5 dan 6 (RM14). Kira selepas 4 bulan tu komitmen duit anda boleh la melabur tempat lain. Kira sakit-sakit pun 1 tahun 2 kali untuk ulangi formula ni, kannn?

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT

May 10, 2020

NUZUL AL-QURAN

Macam mana Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) korang? Adalah boleh bernafas sikit kan keluar pergi watson beli skincare ðŸ˜‹

Apa pun SALAM NUZUL AL-QURAN buat umat Islam. Ingin saya kongsikan sesuatu yang saya ambil dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan 

Al-Quran selain merupakan tilawah, ianya juga penawar hati dan fikiran. Ianya mampu merubah atau meruntun perjalanan hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Kepentingan dan manfaat al-Quran digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis-hadis berikut:
  • “Sesungguhnya hati-hati berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya, bagaimana untuk menyucikannya, ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab, dengan membaca al-Quran dan mengingati mati.”
  • “Yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
  • “Ahli al-Quran ialah Ahlullah. Bacalah al-Quran. Kamu diberi pahala dengan setiap bilangan dan huruf yang dibaca.
  • “Tiap-tiap ayat di dalam al-Quran adalah satu darjat di dalam syurga dan satu lampu di dalam rumahmu.”
  • “Rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya nescaya lapanglah penghuninya, luas kebajikan, masuklah malaikat dan keluarlah syaitan. Rumah yang tidak dibacakan al-Quran, sempitlah penghuninya, sedikitlah kebajikan, keluarlah malaikat dan masuklah syaitan.”

InShaaAllah tahun ni merupakan tahun ke-2 dapat khatam Al-Quran waktu bulan ramadhan. Lagi 4 Juz lagi nak sampaikan akhir bulan Ramadhan. Kali ni istimewa sikit sebab baca beserta terjemahan. Kalau tak 2 tahun belum tentu dapat khatam. Doakan ya semoga saya terus istiqomah dan didoakan agar kepada yang mendoakan turut peroleh manfaat bersama, terima kasih

TAK APA KALAU KITA NI TAK BAIK TAPI KITA TETAP BERUSAHA UNTUK NAK JADI TERBAIK KERANA ALLAH.  AAMIIN ðŸ’“



Untuk itu, saya nak hadiahkan sebuah Al-Quran Pelangi pada pembaca bertuah. Memandangkan blog ni agak sendu, saya akan tetap menunggu pada pembaca pertama entry ni tak kira pembaca bertuah tu baca pada tahun 2021 dan keatas (baca dan tuntut ya). Saya akan inforrm sekiranya telah ada pembaca bertuah/ pembaca pertama yang menuntut hadiah bagi mengelakkan tuntutan hadiah berulang kali.

Ini bukan penyertaan ya, hanya pemberian hadiah sempena Nuzul Al-Quran. Hanya satu (1) hadiah saja diberikan pada pembaca bertuah. Email saja saya di alamat email yang tertera di profile. Pembaca bertuah merupakan penghantar email pertama di peti inbox saya.

Hantar ayat ni: 
"Saya nak Al-Quran sebab saya nak manfaatkanya"
Itu saja

Ingin saya kongsikan 1 potongan ayat dari al-Quran yang saya jumpa, ayat ni ringkas dan indah, seolah satu friendly reminder untuk kita umat Islam




Hidup ini sementara dan akhirnya kita akan pergi meninggalkan dunia (mati). Kita diperingatkan untuk tidak lalai dan alpa dengan hidangan kelazatan nikmat di dunia. Dan kita akan dihidupkan semula dalam keadaan tergolong dalam kalangan golongan beriman (syurga) atau tidak beriman (neraka)Diingatkan lagi dibarisan bawah, masa lah yang membinasakan kita, ini ditekankan bagaimana masa usia atau peluang hidup yang Allah beri untuk kita manfaatkan dan guna sepenuhnya untuk mengabdikan diri pada Allah. 

TERIMA KASIH. SEMOGA BERMANFAAT