#pencarianmodelmuslimah
#pencarianmodel
#pencarianmodelhijab
#modelsearch2020
#modelmuslimahsearch2020 dan sebagainya..
Itulah hashtag yang sering digunakan acapkali mencari mana-mana akaun instagram atau mana-mana laman sosial yang lain yang mencari wajah baru untuk menjadi model baju, produk, iklan dan sebagainya.
Dikurniakan ketinggian 176cm dengan berat 54kg (current weight), ditambah pula dengan susuk tubuh badan model antarabangsa, saya merasakan diri saya boleh menceburi karier modelling dengan lebih jauh. Hampir ribuan juga duit terhabis untuk membayar agency modelling to build-up profile/ comcard sebagai simpanan mereka tapi masih ‘gagal’ menjadi model sebagai kerjaya. Memulakan #modeljobhunter sejak berusia 17 tahun lagi dengan percubaan menawarkan diri di DZMS Agency modelling pada 2012 dan akhir sekali sehingga berusia 23 tahun di Moslimah Agency Modelling pada tahun 2018. Kali terakhir bergelar model sewaku catwalk KVERT 2018 dengan bayaran 1 baju RM250 tak silap. Lepas tu daripada muhasabah diri (akan ditulis di-entry akan datang)
Pada hari ini, banyak agency modelling yang boleh membantu merialisasikan impian anda untuk menjadi seorang model catwalk/ photoshoot. Ada agensi yang menawarkan pakej 1 hari yang disaratkan dengan slot make-up, slot catwalk, slot confident dan sebagainya. Ada juga yang mengadakan pakej pada hujung minggu sahaja dan ada pakej untuk sebulan. Ia bergantung kepada keperluan diri anda juga. Satu perkara yang anda perlu tahu, “cermin diri”, kalau anda rasa 1 hari pakej belum mengubah lagi keyakinan atau kebolehpasaran diri anda, maka anda perlu berusaha lebih untuk mencapai piawaian demand modelling industry.
Perlu diingatkan, tidak semua agency modelling berfokus untuk menjadikan anda seorang model catwalk/ photoshoot, ada yang berfokus untuk menjadikan anda lebih percaya dengan kecantikan diri, lebih berkeyakinan dan berani untuk tampil cantik. Sekiranya nawaitu anda memang nak jadi model juga merasakan kecantikan dan kenyakinan diri tu dah solid, boleh la terus mendaftarkan diri ke 1) amber chia academy (paling top), 2) Base Model Management, 3) Figaro International Management Group, 4) New Look Casting dan banyak lagi sebab mereka active supply model untuk keperluan-keperluan tertentu.
Kalau dulu asal TINGGI je boleh jadi MODEL. Surprisingly sekarang tak mengikuti mana-mana agency modelling dan tak kira tinggi mana pun anda, anda masih boleh CONQUER wajah baru produk kecantikan, mana-mana clothing brand dan sebagainya. Tapi model catwalk masih lagi mengekalkan ketinggian 170cm ke atas untuk beraksi di pentas peragaan. Hari ini berapa banyak model yang dilahirkan kerana kuasa VIRAL, naturally photogenic bila bergambar, naturally pandai gaya, asal cantik, yang selalu buat #OutfitOfTheDay dan lain-lain. Mereka yang berbakat telah mendapat perhatian clothing brand/ beauty product untuk mengambil mereka-mereka sebagai faces brands. Saya rasa anda sendiri boleh tengok pattern ni semua. Tapi itulah, rezq masing-masing kan.
Ini sedikit tips yang boleh dikongsikan yang saya pelajari akibat daripada kegagalan menjadikan model sebagai karier:
- Pergi mana-mana academy/ modelling agency untuk build-up your confident level, kelas make-up atau gromming. Anda memang kena tahu make-up sebab nowday nak photoshoot mereka dah tak sediakan tukang makeup ya untuk conteng muka anda, all my yourself including kasut.
- Cermin diri anda, mana muka yang kena repair. Don’t get me wrong, what I mean is, touch-up/ make-up. Nowadays people can easily look beautiful with the power of make-up.
- kanyakkan pos gambar anda berselfie/ OOTD di instagram atau lain-lain (to gain attention to public) – Jangan private profile
- Do something to gain attention lagi dengan membuat make-up tuto/ hijab tuto atau lain-lain yang boleh catch netizen eyes
- Try dare mana-mana contest/ pencarian model untuk try sejauhmana anda boleh pergi as competition.
Last but not least, rezq tidak salah alamat, jangan kerana tips ni tak menjadi anda merasa gagal untuk menjadi model/ ikon. As long as you believe there’s a beauty in you and to appreciate it, it could be enough. Bangga dengan kecantikan diri sendiri ok J